Oct 2, 2004

Malam itu..

Self Improvement Circle (SIC) utk Akademi berjalan baik walau tanpa kehadiran beberapa orang sahabat dan Abg Ajeeb the only one trainer yang hadir malam tu. Pengisian berbentuk tazkirah tidak diadakan dan pemfokusan lebih kepada projek Buletin kami termasuklah LKK 3 dan modul.

Aku dah start menggarap Buletin, InsyaAllah ada masa nanti akan aku teruskan keje penyiapannya dibantu sahabat Akademi yang lain. Ermm..tugas editor diserahkan pada aku (terima kasih sebab percayakan Along ye) Aku pun tak berapa mantap dalam bahagian ni tapi minatlah. Kat skool dulu jadi editor majalah tapi taklah bape luas jobscope nye. Kali ni punye tugas ada mencabar sket cos aku kena initiate almost everything. Aku akan dipantau dan dibantu mereka semua, terima kasih kepada kalian.

LKK atau training kefasilitatoran kami utk ketiga kali ni berbunyi menarik because maybe buat kat luar (Trainer cuba usahakan LKK ni diadakan di sebuah pulau kat Johor nun) Ermm..camping style in fact ala-ala survivor. Phew! Teruja mendengar yang kami akan ditugas berkayak (by orienteering) ke pulau-pulau yang berdekatan, malah berteman jerung. Har har..takkanlah camtu sekali kot?? Abg Ajeeb memang saje nak kenakan kami ni…tapi dia tak cakap ape-ape pon pastu. Erk! Betulke ade jerung?? Mak aih..kalo sesat plak camne ?? Hah..ko senyum jelah kat situ, kata Abg Ajeeb..thihihi!

Pastu, Abg Ajeeb brieflah sket pasal tentative dan memangnya mencabar dari sume aspek. Aku harapkan semua yang dirancang akan dijalankan. Walau kedengaran mencabar namun nasihat Abg Ajeeb terus membuat aku bersemangat di kala rerakan lain muncul mengeluh. ‘Kalau nak belajar, jangan takut buat salah’ terima kasih Abg Ajeeb. Yeah..moga aku kan berkesempatan menghabiskan training ni. Bunyinye mmg best..heh!

Ade gak assignment utk dibuat oleh kami, yeah just buat working paper. Namun, ia bukan boleh dipandang enteng pasal jurinya amat peka dan quite particular..hehe! Who’s that ya? Of course Encik Zaki, boss besar kami. Takpelah..dengan adanya kecekapan menilainya, kami akan lebih peka kepada kesalahan dan kecuaian. Malam tu juga kami belajar modul baru. Alhamdulillah, ilmu bertambah dan aku akan compilekan segala demi masa yang akan datang.

Berbual dengan beberapa orang senior psikologi semalam. Ada harapan yang merasuk diri. Mereka mmg tak kedekut ilmu utk berkongsi segala terutama tentang bidang kaunseling yang aku minat. Aku ingin terus fokuskan minat pada bidang ni kerana kehidupanku hampir sebati dengannya. Perlu juga kelengkapan dan touch up yang lebih agar lebih mantap. Ya! perjalananku masih jauh. Di kepala sebenarnya ada rancangan masa depanku sendiri. Aku harapkan agar ia kan semakin bersemarak sementelah aku kini cuba menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Impian ku..doa dan hajatku agar ianya kan nyata, InsyaAllah.

Berbual juga dengan sorang senior lelaki ni, bercakap ttg kehidupan kini, ttg amalan bidaah..tentang agama yang kita cinta (hebat cara dia berhujah, semua nama tokoh pemikir agama ada, siap ngan dalil aqli & naqli sekali..fuhh!) Ermm..kalaupun aku tak besetuju dengannya, aku tampak lemah utk membidas. Sorry, aku tak bermaksud nak counter ape-ape cumanya diskusi itu agak menekan aku..yeah, ianya menggoyahkan pendirianku. Inilah kelemahan yang aku nampak pada diri, aku tak berapa bagus dalam bidang nak berdebat. Tak pasal-pasal aku boleh terdorong kepada pendapat org lain. Apa yang ingin aku tegakkan kadangnya condong sedikit. Isk! Yeah..aku ni practitioner. Aku tampak yakin hanya pada sesuatu bidang yang aku kuasai penuh. Kalo tak dapat menguasainya dengan kadar penuh, mungkin aku kan tertewas bila dibidas. Hehe..banyak yang aku perlu betulkan dalam hidup ini. Aku perlu banyakkan menelaah, mengkaji dan belajar. Betul kata abg Redza ..hidup merupakan proses pembelajaran dan betul juga kata abg Ajeeb, kalo nak pandai usah sesekali takut melakukan kesilapan. Kataku..hidup ini adalah perjuangan, teruskanlah perjalanan dengan mengharap kasihNya terus kekal. InsyaAllah..aku kan pasti terus berjalan mencari seberapa banyak ilmu, supaya ianya dapat diguna kepada jalan baik, jalan dakwah, jalan ke sebuah perjalanan menuju puncak. Ilal liqo’

No comments: